Sunday, August 15, 2010

Salam Kasih Ramadhan

Hari ini hari ke-5 umat Islam berpuasa
Rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa, selamat bersahur, selamat berbuka puasa dan selamat mengerjakan amal ibadat di bulan yang mulia ni
Ingat bulan ramadan bukan bulan untuk fiesta makanan dan mencuba segla jenis buffet ramadan atau juadah yang menjadi idaman, tetapi ia adalah fiesta untuk kita menambah amal ibadat kita.

Sebagai hamba yang penuh kekhilafan, ku memohon maaf jika ada kesilapan secara sengaja atau tidak sengaja, dan semoga kita semua memeluk ramadan kali ni dengan penuh erat tanpa melepaskan sedikit pun, dan semoga ia bukan ramadan yang terakhir untuk kita semua..

amin,...

Sunday, August 1, 2010

luluh ke-remukan

sedeyyy,,,modjo jojo kemalangan.
apa boleh buat suratan takdir
ku tempuhi ku terima

mungkin ini penghapus dosa-dosa kecil
redha.
dugaannya
banyakan amalan
kurangkan apa yang perlu dikurangkan

mmm..not in a very good mood. tujuan asal nak quality time with family, turns out jadi macam ini..

sekian, rintihan hati yang luluh seluluh kemukan pada modjo jojo

jangan luluh seperti aku. :( + :(

bye

Saturday, July 10, 2010

check,check la la land?

Hi hello

Macam mana dengan hujung minggu anda?
Harap semuanya have a blast wekinds

Jap je lagi nak flying without wings,,
Harap2 tercapai gak hasrat nak baaring2 dkt hollywood street tuh
Semoga semuanya berjalan lancar dan semua yabg dirancang terlaksana

satu misi penting cari senduk nasi buatan usa..ha? Itu paling mencabar kot dari soping mopping d outlet camarillo..


Weeeeeeeee.. C ya later.gonna mishh kl badly but hopefully lala land will treat me good.vip treatment can?

Have fun guys..talk laters..

One luvv
Nk

Thursday, July 8, 2010

tik tak

It was fun.
Thanks for ur time
And I hope the fun will last,everlast

Tap tup tap

:))

Tuesday, July 6, 2010

gundah gulana

Ku mencari,ku tercari di manakah ketenangan,apakah itu kedamaian?
Mmmm jiwa tak tenteram,hati gundah gulana..
Aku perlu buktikan,semuanya pasti kan baik-baik sahaja

Ya Allah,tolonglah hambamu ini..semoga segala yg telah dirancang,berjalan dengan lancar.
Kau permudahkan segala urusanku dan semoga semuanya menjadi nyata

Tiada banyak yang ku pinta,cukuplah mereka gembira dan aku boleh tersenyum semula.kerana orang kata bila aku senyum aku nampak 10tahun lebih muda

So semua,doakan yang baik-baik aja ya..

Can't wait to c u lalala land! :))

Sunday, July 4, 2010

ini.realiti.

4july07.

Hello!hi!sejahtera semua!..

Setelah hampir 4bulan makan mentor,minum mentor,tidur mentor,mandi mentor dan mimpi mentor akhirnya ia sampai juga ke penghujungnya..aaaaa :(

Mentor memang sentiasa special pada aku sbb dah macam baby.dlu 1st protfolio yg aku kene buat dlm entertainment adalah mentor.baru2 masuk dah kene take care 1st reality prog di msia (smber dr ac nielsen)..haha.dari rambut separa lurus,hampir kerinting balik dan gugur di buatnya!

But having a good team n support frm all,rasanya dah makin selesa n semakin smooth je suma benda.Syukur alhamdulilah.harap2 selepas ni dpt lg menyumbang idea,keringat dan tenaga utk menjadikan ia antara yg menjadi bualan org di luar sana ;)

Am soooo gonnaa misshhh d moments for d past 4months.xpe.ia takkan terhenti di sini, tahun depan kita jumpa lagi ye..janji tau!janjiiii

Check,check,sound check..Nak Jadi Protege Saya?

Malam ini,9malam.Inspirasi hidup saya

Friday, July 2, 2010

keheningan malam

0130

Aku pejam, dia celik
Aku pejam, dia celik
Aku diam,dia berbisik
Aku kelam,dia menarik-narik
Aku bergolek,dia terbalik

Yang hanya kedengaran bunyi kipas berpusing-pusing..tik tok tik tok jam pun berdetik..tolong malam,aku x mahu sia-siakanmu..

Pejamlah wahai mata.selamat malam