Saturday, January 30, 2010

Terhenti Proses Pembakaran Lemak

Oh angin bayu, membawa diriku, sepintas lalu ke terkenangkan mu..memori silam meresap kalbu..anananana..janji bara cinta..

Err, Hello, Selamat berhujung minggu sekali lagi..

Di kala angin memderu sayup-sayup dari luar tingkap dan hujan rintik-rintik menitiskan air hujan,(takkan air mata pulak kan?) heheh..

Berbalik kepada tajuk pada kali ini yang agak serius, saja ingin berkongsi salah satu aktiviti yang dilakukan di ketika hujung minggu yang tak boleh nak bergerak bebas dek kerana tekanan kerja yang membelenggu, jadi aku hanya dapat mengisi waktu petangku dengan proses pembakaran lemak,.yang adakalanya menjadi bahan tawa orang sekeliling..nampak sahaja kecik, tapi lemak bertempeliaran di sana sini. Kadang kala kecil hati, kadang kala redha sahaja kerana ini lah trademark tersendiri.. :)

Jadi,tanpa membuang masa, aku pun bersiap-siap untuk proses pembakaran lemak di kawasan tasek di sekitar kawasan kejiranan. Siap punya siap, blow rambu, ikat kemas kemas, siap gosok stokin,pakai baju jersey Sydney kaler merah dan seluar track yang hampir uzur serta ipod shufleku yang comel itu.

Lantas, dengan penuh semangat dengan sedikit warm up dengan kiraan lapan, dan lapan lagi, aku lantas berlari dengan penuh semangat dengan kasut power ku itu. tak sampai habis satu pusingan tasek, tiba2!! demmnn...

"mengapa ini semua harus terjadi, mengapa ini harus ku tempuhi"..tapak kasut aku tiba2 terkopek dah semakin usang..aku teruskan juga semangat aku untuk membakar lemak yg baru nak suam-suam kuku ni dengan menukar strategi powerwalk pulak..namun itu semua sia-sia apabila keadaan dia semakin parah dan seakan-akan membisik..sudah-sudahlah tu...

Tanpa rasa ragu-ragu namun ada sedikit kepiluan di kalbu, maka aku pun mengambil jalan selamat untuk pulang sahaja ke rumah..lagipun cuaca pon semakin tak mengizinkan dan gelap semacam..Apa boleh buat, nampak gayanya terpaksalah tukar strategi bersenam dari rumah main wii mungkin?oh, ikat perut lah nampak gayanya!

Ingat, kita semua digalakkan untuk bersenam sekurang-kurangnya 2/3 kali dalam seminggu dalam 20 mnit ke, barulah gaya hidup sihat!. jika setakat x makan sahaja tanpa senaman, ada makna kah? hanya badan anda sahajalah yang mengenali diet anda.







NK

Tuesday, January 26, 2010

Menu Hari Ini

Hi! Hello. Waddap yaw? Macam mana dengan hari anda? Ok ke? Ada yang dimarahi boss ke? Atau dipuji sebab masuk keja awal ini hari. Ok, chill mari kita rensakan segala keresahan yang ada di dalam dada dan menjelahi ke alam makanan pada hari ini. Walaupun hari ini saya dan housemate mendapat Public Holiday di kawasan kejiranan kami sahaja, tapi kami tetap memilih untuk memasak di rumah. (Kalaulah mak tau ni, mesti dia kata, kenapa dengan kau ni nak? sehat x? nak mak bekalkan dengan sepapan panadol ke?)..

Jadi, apakah menu yang telah dipilih untuk keluaran kali ini? Masih lagi mengekalkan konsep simple but yet fabulous, kami telah sepakat untuk memasak Ayam Masak Merah Menyala Hatiku dan Hatimu serta Sayur Chap Chai buka chap kali chap kali chap chap chap..Oh, lupa hari ini tugas memasak dijalankan oleh saya sepenuhnya kerana housemate sa=ket tekak, jadi dia hanya mampu masak nasi sahaja. Ok la tuh! :)





Tak mahu ulas lebih lanjut kerana saat post ini di post kami masih belum lagi merasa air tangan berachun tu..haha..enjoy sahaja dan selamat menjalani hari-hari anda dengan senyuman. Kan, Senyuman itu sedekah,ini bukan saya yang kata tapi Nabi SAW..

xoxo,
chef of d day

Sunday, January 24, 2010

Hey, Gadis Januari

Ke hadapan Gadis Januari,

Di sini, Gadis Jun ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Warga Tua.. :)

ya, pastinya terasa cepat menginjak ke alam dewasa, orang lain masih di suku abad, anda sudah terlebih mencapainya terlebih dahulu
orang lain baru mahu mula berlari-lari, anda sudah ke garisan penamat!

Tidak mahu cakap banyak2, takde ucapan panjang2..sebab pastinya anda sudah ada wish anda sendiri sebelum meniup lilin harijadi yang boleh menyanyi lagu hari jadi itu kan? harap-harap tercapai la hendaknya, macam senyum panjang je semalam?

Jadinya, semoga berbahagia selalu bersama insan tersayang, semoga cepat bertemu jodoh, semoga itu, semoga ini dan semogalah segalanya..yang paling penting semoga terus manjadi salah seorang teman yang menyinari hidupku dan menghiasi hari-hari dan momen yang indah sampai bila-bila. :)

Tahniah gadis januari yang terpilih untuk tahun ini, untuk sambutan majlis hari jadi buat sekali lagi. Cik Zahrah dan Cik Nurul Hidayah, tahun depan sambut bday takkan ade "Cik" lagi di depan? paling koman pun "Mak Enciq".. haha





p/s: tak lupa terima kasih banyak2 pada Gadis Mac yang sudi berkung-fu di dapur untuk buat kek coklat yang nyummy, lain kali boleh buat lagi!, Gadis Julai yang juga isteri orang yang sanggup tinggalkan hubby untuk 3jam sebagai event planer dan pelakon ekonomi handalan, dan Gadis November yang play safe sepanjang masa..mummy to be xpe, terkecuali...

njoy saja!
gadis jun 1984

Saturday, January 23, 2010

anak joho berkabung


Allah peliharakan Sultan
Anugrahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur Luaskan kuasa
Menaungkan Kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan



Teringat dulu zaman persekolahan, lagu inilah yang kitaorang akan nyanyikan setiap pagi isnin waktu perhimpunan sekolah. Hampir sedekad aku tak nyanyikan lagu ni selepas meninggalkan alam persekolahan. Selepas mendengar berita ttg kegeringan baginda sultan, lantas teringat akan lagu ini. Mengimbau kenangan, mengusik jiwa ketika zaman persekolahan. :)

Kepada anak-anak joho yang jauh di perantauan, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77 yang mangkat malam tadi di Hospital Pakar Puteri kerana gering. Jua, doakan negeri kita akan sentiasa aman dan makmur di bawah pimpinan sultan yang berjiwa rakyat.

Walau sejauh mana kita merantau,walau hujan emas pun di tempat orang, tempat yang jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat kelahiran. Semangat joho memang membuak2 la kan..Hidup joho!

p/s: nampaknya lokasi jom heboh pertama dkt danga bay feb ni terpaksalah ditunda kerana rakyat masih berkabung...

Wednesday, January 20, 2010

lauk bujang aje

Hey, waddap yaw..

Topik hari ni macam agak sukar jugak la untuk digambarkan dengan kata-kata. Al maklum pertama kali dapat main masak-masak setelah kali terakhir main ketika zaman budak-budak dulu. Sekarang ni x payah pakai mainan plastik tapi real punya. real punya woo!!

Menu isnin - Sardin Salmon Alpacino bersama Telur dadar berahi dan sup sayur super suppy.. Simple pimple je percubaan pertama, tapi macam nak berkung-fu jugaklah di dapur time magrib2 tu.

Menu selasa - Nasi Goreng Kampung ala Texas bersama Sayur Goreng Kacang ala Sri Damansara (baikpunya, cakap ramai-ramai, baik punya). Oh lupa pulak, fyi NGKaT tu, resipi dari ting 3 ok? ha mantap x mantap? hampir 10 tahun x buat, tapi rasanya masih sama, terasa-rasa di bibir kerangupan bilis di celahan-celah NGKaT.

Sorry le dapat jamu dengan gambar2 comel lauk2 bujang yang nampak macam menyelerakan. Nak tahu sedap ke x, anda boleh lah datang dan redeem kupon SD. Skarang ni bukan stakat dapat free accomodation, tapi skang dah tak payah susah-susah nak g breakfast SEDAP pagi2, chef bertauliah dah menanti. :)







Akhir kata, tiada bahasa seindah kata, tiada rupa secantik hamba dan tiada lauk sesedap ia. hahaha

Sunday, January 17, 2010

Masih ada Hujan Bunga di Kuala Lumpur?

Ramalan kaji cuaca kata
aku kan jatuh cinta
tapi tak pula beritahu dengan siapa.
Lalu hari ini ku berlari
mencari-cari
si dia yang bakal
miliki hati ini.

Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.

Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.

Ikut rasa ingin sahaja
aku hampirinya
tapi ku takut apa pula kata semua.
Bukan senang untuk
ku meluangkan masa ini
sekadar peluang mengisi
ruang kosong hati.

Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.

Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.

Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2007 anaraffali muzik ent.)


p/s: Boleh percaya ke ramalan ahli kaji cuaca ni? Wah, kalau betul lah ramalan AKC ni, memang bukan setakat hujan bunga, hujan nasi minyak pun aku percaya.! *_* . new talent yg berbakat dan boleh menyinari industri seni kita yang dahagakan bakat-bakat baru yang ikhlas berkarya..

Saturday, January 16, 2010

Roadtrip? Anyone?

Hello, Apa Kabar anda semua? Wah hujung-hujung minggu macam ni pasti banyak agenda yang dah di list down kan untuk dilaksanakan dengan insan yang tersayang kan? bertuah sngguh ada orang yang disayangi di depan mata.

Nasib baik la, insan tersayang aku nun jauh di sana, kalau tak aku bet mesti kaki ni pun tak betah di hujung minggu. macam ni la nasib anak rantau, dok jauh kat kota keyell ni..mak ayah jauh, kalau x mesti pagi2 dah x lekat di rumah..haha. th x campor mak tok lagik yang kan swuh dtg lepak kat kampung ke, atok jadik driver hantar dia g pasar ke umah mak ngah la, mak cik ipah la, pak awang ngok ngek ke..g amek ubat kat spital ke..haha, konon2 cucu kesayangan!

Takpe, rindu di dada kan terhenti, cuti CNY nanti boleh balik roadtrip dengan wangers dearie, yeler ade majlis sahabat baik. alang-alang celup perkasam, biarlah celup sehingga ke Parit Kuda. :P

Tapi sebelum road trip bulan feb, takkan takde any road trip januari ni?..hish macam x lengkap pulak rasanya. Ada cadangan? Ke mana langkah kan ku tuju di hujung-hujung minggu yang suam-suam kuku? Dapat layan Bobo sampai ke Utara pun macam syiok gak. Penang food memang la d bomb kan..Mandi manda atau bermain-main di taman tema Bukit Merah pun menyeronokan, rasa macam kembali muda?SO>? Ada brans? Mari road trip ke utara! yeahhh baby yeahhh!

p/s:Sekadar gambar hiasan


Friday, January 15, 2010

Januari 11

Sebelas Januari Bertemu
Menjalani Kisah Cinta Ini
Naluri Berkata Engkaulah Milikku
Bahagia Selalu Dimiliki
Bertahun Menjalani Bersamamu
Kunyatakan bahwa Engkaulah jiwaku

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusia

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Kau bawa diriku
Kedalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah Hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna



11 Januari 11 hanya impian seorang anak gadis dari desa yang sudah sekian lama menyimpan cita-cita untuk berjumpa dengan putera idaman dari kayangan. "Fantasi aku ingin kan kau, tapi aku hanya punyai realiti :)
(Sekadar berkongsi bersama angan-angan dan cita-cita)

xoxo

Monday, January 11, 2010

Musix Unfolds

"Hey, Hey, Hey Aku tak percaya cinta...aku tak percaya cinta"..

Eh, eh..tersilap pulak. Jangan salah faham, lirik lagu di atas bukan nukilan isi hati, tapi cumalah sekadar pembuka kata sahaja.. Lagipun, itu lagu LJ, teman tapi mesra juara AJL yang telah berlansung 10 Jan 10 yang lalu.

Sebagai salah seorang yang mengikuti perkembangan dan penguncupan AJL dari zaman sekolah sehinggalah zaman dah dapat bekerja dengan tenaga kerja produksi sebenar AJL..rasanya elok bebenarlah bercerita serba sedikit tentang anugerah berprestij yang membuka tirai dua puluh seploh ini. Berminat ke?

Secara jujur, my pick untuk tahun ini semestinya abg super..super..bukan superpower (seperti yang anda selalu lihat di kaca TV sambil tersenyum-senyum sendiri) tetapi superman versi Melayu. Nasib baik malam tadi dia bertongkat tidak memakai spender di luar. Haha. suara yang baik, lirik lagu yang memberangsangkan dan elemen persembahan yang memberi impak dan penuh dengan penghayatan. Walaupun berperang dengan deeep vein thrombosis (DVT) yg boleh marahbahayakan kesihatan yg belum fully recover tapi dia tetap memberi komitmen yang terbaik untuk lagu Bencinta. Tabik Spring lah!

2nd choice, kak Misha Omar yang memang vokal xleh dieprtikaikan cuma macam kurang feel sket la dia nyanyi lagu cinta Adam dan Hawa, bukan apa,...rasa macam x sampai aje..x berbekas di hati gitu. tapi lirik dia mmg mendalam, ciptaan azmeer n arwah loloq. :)

Niat asal nak cerita tentang persembahan semalam, tapi macam dah terberat sebelah dengan pilihan hati pulak. Haha, takpelah, anyway congrates a zillion utk pemenang malam tadi, mr pete n amran omar menerusi lagu pergi nyanyian aizat, yuna dengan lagu dan sebenarnya (yang sentiasa monotonus dan mcm x bukak mulut tu) dan audi mok n faizal tahir menerusi bencinta dan vokal terbaik, Black serta persembahan terbaik kerjasama aizat dan budak2 sekolah yng chomel menerusi Kau Aku, tak lupa pada tenaga produksi AJL dis year yang memang kerja kuat dalam merealisasikan muzik tanpa had! moga-moga next year bos bagi peluang pulak dekat saya untuk membuat sesuatu yang lebih d bomb. *_*.

Pemenang memang semua dah sedia maklum, walaupun ada kedengaran cakap-cakap tentang keputusan juri, namun kita harus hormati kerana mereka semua memang otai dalam bidang masing-masing untuk menentukan siapa yang terbaik dan siapa yang layak untuk dinobatkan sebagai juara di antara lagu. Janganlah rumah sudah siap namun pahat masih berbunyi..nampak tak molek deh..

Sekian, Terima Kasih. lain kali kita bercerita lagi...teruskan martabatkan industri seni tempatan dan menyokong nilai estetika pengiat seni tempatan yang cuba disampaikan melalui bait-bait indah lagu dan irama yang dinukilkan. 1Lagu, 1 Malaysia! :)








p/s: oh x lupa terima kasih pada sesiapa yg sudi datang n support full dress rehearsel wpon terpaksa jalan sejauh 4km, tumpang shutle van tv3 n meredah hujan yg agak lebat. sorry itu je yg terbaik dapat bagi.

Saturday, January 9, 2010

Saya Nak Cuti!

Anda ingin bercuti? Saya nak cuti!
Apa? Budget anda lari?
Takpe saya ade solutionnya..

Kalau anda rasa anda berbakat dan boleh menulis karangan sepanjang 350 patah perkataan, anda bolehlahh search dlm FB MAS: Saya Nak Cuti campaign yang tengah hangat sekarang ni, hanya tinggal 28 hari 14 jam 25 min lagi (di hari blog ini di post) sebelum dia tutup penyertaan kepada umum. atau layari laman web ini --> http://mastraveller.com/SayaNakCuti/

Alaaa, jangan rasa gundah gelana, kalau dulu time darjah 6 boleh buat karangan sambil ada lukisan rumah la, sawah padi la, pokok bunga lah..inilah masanya untuk anda menggilap kembali bakat anda dalam menulis karangan pendek yang simple pimple sahaje. Janji boleh memikat hati juri. :)

Ha tapi, kalau anda rasa anda tak perlukan percutian di sekitar Asean ni, anda boleh nominatekan saya untuk bercuti di mana-mana lokasi asean seperti Bali ke, Phuket ke, Yogjakata ke, Ho Chi Minh ke..saya x kisah, sungguh! sangat tak kisah,,sebab saya...Saya Nak Cuti! yahooooooooooooooooooooooooooo


Monday, January 4, 2010

Selamat Ulangtahun Sayang

Selain menyambut tahun baru, ada juga beberapa perkara yang menggamit perasaan aku tatkala bulan Januari muncul. Kini, hampir setahun aku meninggalkan kerja yang banyak memberi pengalaman dan juga pahit maung bergelar seorang penulis jalanan.

Kerja sebagai jernalist atau penyelidik untuk sebuah syarikat milik Melayu yang banyak memperkenalkan aku pada dunia luar dan juga memberi aku pengalaman untuk mengenali kehidupan masyarakat di luar bandar di serata Malaysia. Setiap ceruk kami kunjungi, setiap pelusuk kami terokai. Dan hasilnya? Sungguh memberansangkan! Bukan setakat Tok Batin, Tok Ketua Kampung, Ketua Belia Kampung, Ahli Jemaah Masjid dan juga penduduk kampung, semuanya aku dan juga cik abang photopher terjah. haaa..boleh jadik protege abg nas ni lepas ni..haha

Di sini aku ingin ucapkan terima kasih pada pihak pengurusan Kotak Lembut dengan segala tunjuk ajar, pengalaman dan peluang yang diberikan. Walaupun gaji kami sering masuk lambat dan ada kalanya x masuk, tapi kami tetap enjoy bekerja dan tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk berkarya dengan lebih baik..

Selain itu, teman-teman seperjuangan, susah senang dan teman sebantal,teman sebilik, teman menyelam sambil minum air, teman bergambar, teman berjalan, teman merusuh pada syarikat, teman bermogok dan teman menggunakan harta kampeni selagi boleh dan temani aku ke arah kebaikaannnn...haha. heart u ols yaw!

Walaupun jodoh kita tak panjang, tapi ingatan itu tetap akan berkekalan sampai bila-bila. Terima kasih untuk kenangan manis kita bersama ya. Aku bukan sengaja nak tinggalkan kau, tapi aku terpaksa demi pembangunan kerjaya yang lebih baik. Haha. Poyo kejap. Hopefully, yang ada sekarang ini akan sentiasa memberi Inspirasi, sama macam kau jugak wahai Kotak Lembut! heelllyeahh

Bagi sesiapa yang ingin melihat hasil kerja kami yang tak seberapa tapi mungkin berbekas di hati penduduk kampung di bawah program Universal Service Provision.. :)

www.telecentre.my

Sunday, January 3, 2010

Hello Dua-Puluh 10

Hello! Apa Kabar?

Kembali lagi aku di sini di alam blogging. Dengan satu misi, dengan satu tujuan..Aku menulis bukan kerna nama, tapi sekadar hiburan. Berkongsi cerita, kisah suka dan duka, pahit dan maung menjadi insan bergelar anak rantau. Di alam maya ini sahajalah medium yang terbaik untuk aku bercerita dengan bersahaja dan meningkatkan mutu penulisan yang semakin hari kian pudar.

Ini satu hint! Kalau anda ada sesiapa yang memerlukan writer atau jernalist cabuk untuk buat apa2 write up atau story mory in d morning glory, jangan lupa drop email yeh. Dapatlah jugak aku buat duit tepi. Nak menyanyi depan Kamdar sambil kutip derma, macam x berapa berbakat, nak menyulam dan mengait manik2 di baju kurung pun taklah sehebat mana. apa yang aku mampu buat hanyalah merepek di alam penulisan dan menjadikan penmaya ini sebagai salah satu cara mengisi masa lapang.

Ok, semperna tahun baru ini, aku tak mahu nak buat banyak2 new year resolution ke apa ke..takut x tercapai dek akal sahaja. Apa yang aku pinta hanyalah supaya DIA makbulkan setiap doa yang ku titipkan ke atasnya, dan apa-apa pun yang terjadi aku redha dengan ketentuannya. Hidup kene positif beb..Bak kata penulis skrip Nur Kasih..Nur Redha.. :)

Semoga anda semua mendapat apa yang anda impikan, jejaka idaman berkumis ke, naik pangkat dan gaji berlipat kali ganda ke, memakai kereta mewah ke, mendapat ahli baru dalam keluarga ataupun pusing-pusing satu dunia.!amin

Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang jahat itu datang nya dari kita insan yang sentiasa tak lari dari kekhilafan diri..