Sunday, February 14, 2010

Hari V'

Layar Ria
Sabtu.14.02.10.0808


Selamat pagi! gong xi gong xi bagi yang menyambut Tahun Baru China dan hari ini juga adalah valentine's day! OMG..!will u be my valentine? haha, memang tidaklah kan, masih di peringkat chillex yaw..buat apa nak disambut2,tapi...cuma nak kongsi satu benda ja tentang movie Valentine's Day yang aku baru tengok dengan si gadis-gadis malam tadi.

Dan untuk satu lagi trivia untuk pagi ini, inilah kali pertama aku tengok wayang malam hari selama 25tahun duduk dekat bumi bertuah, batu pahat ini..nampak la macam baik sikit kan kalau kat kampung, duduk rumah ja tak keluar malam...anak sapa tuh? cikgu dollah jugak yang dapat nama.. :)

ok, berbalik kepada rancangan asal tadi, sememangnya genre romantik komedi memang menjadi keutamaan aku apabila ingin menonton wayang. sejak-sejak kebelakangan ni ajhe..entah mengapa. Bukan apa, setelah kita penat-penat keje, stress dan sebagainya, apa salahnya kalau kita tenangkan fikiran, chill dan tengok sesuatu yang x membebankan kan..kan?

Secara amnya, aku boleh kata cerita ni patut ditonton la bagi sesiapa yang mempunyai orang yang tersayang, x semestinya kekasih hati sebab ia bukan hanya berkisar tentang kisah kasih dan sayang di antara pasangan kekasih sahaja tetapi merangkumi kasih sayang di antara suami isteri yang dah kahwin lebih dari separuh abad, ibu dan anak serta macam mana perasaan kasih dan sayang yang diintrepretasikan di antara kawan baik yang berlainan jantina, bagaimana budak kecik boleh ada crush dengan cikgu yang beza umur sangatlah jauh(Bahaya sungguh, belum akil baligh lagik tuh..), dan cara-cara untuk menerima pasangan kita dengan sepenuh jiwa samada baik atau buruk walaupun dia bekerja sebagai 'part time adults entertainer'- part yang tuh sumpah layan kelakar gila ok!.

Kemanisan kisah cinta, pengkhianatan, persahabatan serta kasih dan sayang yang digarap menjadi sebuah cerita ringan sesuai ditonton oleh semua. It's a day when ur love life is put on display! :)



JESSICA ALBA.KATHEY BATES.JESICCA BAEL.BRADLEY COOPER.ERIC DANE.PATRICK DAMPSEY.HECTOR ELIZONDO.JAMIE FOXX.JENNIFER GARNER.TOPHER GRACE.ANNE HATHAWAY.ASHTON KUTCHER.QUEEN LATIFAH.TAYLOR SWIFT.JULIA ROBERTS.GEORGE LOPEZ.EMMA ROBERTS.

NK

1 comment:

  1. nak tgk gak!! aduh kena tinggal lagi.. huhu..

    ReplyDelete