Saturday, February 13, 2010

revolusi talian telekomunikasi

Rentak Dunia.
Sabtu.13.02.02, 1533


Heloo! Hi, selamat bercuti semua yang akan menyambut tahun harimau tahun ni..walaupun tahun harimau, janganlah garang-garang sangat..okies mari kita nyanyi sama-sama lagu untuk tajuk di atas.

inikah revolusi, atau hanya illusi, bagaikan mimpi jadi realiti..nak tahu lebih lanjut bukak je corong radio mesti ade je lagu dr bunkface ni..

berbalik kepada topik di atas, ingin rasanya berkongsi serba sedikit tentang revolusi talian telekomunikasi yang telah banyak berjasa dari dulu sampai lah sekarang. Kenapa tiba2 hati ni tergerak nak membincangkan topik sebegini, haiiii ade ke tanya lagi, setiap apa yang berlaku pasti lah ade sebab dan musababnya...mari kita hayati bersama...

bukan apa, pengalaman dua hari disconnected telah banyak mengajar erti jerih perih kepahitan apabila anda tidak dapat mendengar deringan bunyi hand-phone kesayangan walaupun most of d time ianya di dalam mode silent.haha.itulah orang kata, lain kali kalau pasang angan-angan nak cari pengganti, simpan dalam hati, kang sekali "benda" ni dah merajuk, siapa yang makan hati? tapi,bukan itu sahaja, banyak sebenarnya perkara yang 'benda' ni dah berjasa kat aku. sebagai contoh, seperti di bawah:-

1) jam loceng dengan pilihan lagu kegemaran untuk bangun di waktu subuh. sebagai contoh ada orang yang gemar memilih lagu Kenangan Terindah Samson untuk bangun pagi!(hishhhh ada ker?)

2) Sebagai medium pengantara di kala sunyi kepada kawan-kawan, rakan sekerja, peminat dan keluarga di kala sunyi. Ada kala, cukuplah dengan sekadar msg - Hello, orang di sebelah sana sudah boleh senyum sampai ke telinga!(sumpah x tipu)

3) Sebagai pengganti buku nota, di mana anda boleh mencatit apa sahaja note yg diberikan oleh boss semasa tugasan luar dan untuk dijadikan reminder apabila pulang ke ofis.(nampak la efficient la sket bila bekerja...)

4) Sebagai pengigat di kala anda terlupa sambutan birthday sesiapa sahaja orang di sekeliling anda.(ha ini memang paling penting, kalau x...)

5) Jika ada yang canggih sikit, bolehlah digunakan untuk mengambil gambar atau video secara curi-curi orang yang anda suka, ataupun mengambil gambar bersama peminat yang tiba-tiba datang menyerbu...(budget...)

6) Paling latest dan hip bila boleh update status terkini ataupun melihat news feed di laman social networking (Like!)

akhir kata Selamat Datang ke dunia Nokiaberry..walaupun berharga di bawah seratus ringgit sahaja..walaupun, akak kembali pakai hp hitam putih, janji akak sentiasa get connected! :)





NK

1 comment:

  1. haha. henpon rosak ke kak. weh aku da tukar blog. pencarut terulung da mati. sekarang ialah hidupkarat.blogspot.com

    ReplyDelete