Saturday, February 6, 2010

kau TANDA hati aku

Orkestra Kehidupan.
Khamis, 4.02.10, 2030


Suatu malam yang sunyi, walaupun di kesiangan hari yang sungguh bz, aku mengambil keputusan untuk menonton teater bersama dengan Saffy di ASWARA.walaupun hanya dia yang sudi menemani, tapi itu semua tidak aku ambil peduli janji hasil yang kami dapat sungguh memuaskan hati.

Nak dijadikan cerita, aku telah mendapat invitation di fb untuk menonton teater ini, setelah meneliti barisan anak-anak seni(Beto, Dira, Zahiril, yang bakal menyulami bakat, ekspresi dan emosi di dalam sebuah cerita yang mempunyai 6kisah tersendiri-iaitu TANDA. Ini tanda bukan sebarang tanda, ini tanda yang berbekas di hati. :)

Sebuah penceritaan yang sangat memberikan impak dan kepuasan pada setiap penonton dengan gerak geri, mainan emosi, bait-bait indah yang diungkapkan walaupun ada kalanya aku mcam tak berapa memahami apa yang cuba disampaikan (ada ketika macam tengah mumbling)..tapi setiap saat, ada saja gerak tari dan kata-kata yang keluar dari kotak hati mereka semua, dipentaskan di dalam sebuah pentas empat segi dan berbekalkan backup visual di belakang dan didukungi dengan muzik-muzik pantas dari kumpulan pemuzik di belakang tabir. sangat puas hati dan ingin aku tonton lagi teater yang sebegini. tapi masih adakah yang sudi menemani?

Lepas je menonton, timbul sedikit kesedaran tentang betapa pentingnya kita menjaga alam sekitar dan bukan itu sahaja, kemusnahan dunia yang semakin ketara buatan manusia juga ditampilkan dengan penuh emosi di dalam teater ini. Teringat scene di mana anak-anak muda sedang sibuk berjoli (main belakang ada, main gunting ade, sikit punya rakus!haha) tanpa mengira keadaan sekeliling dan bagaimana di akhir cerita mereka-mereka yang rakus ini dimamah bumi..

Nasib baiklah kami dapat menonton hari khamis tu, sebab aku dengar cerita yang pementasan untuk jumaat tiba-tiba dibatalkan? kenapa? aku pun tak pasti,tapi aku bersyukur sebab dapat menjadi sebahagian daripada yang dah berTANDA.. :)

"Pengkhianat akan sentiasa membaluti tubuhnya dengan keluhuran.."(antara bait2 yang aku ingat-ingat lupa)



NK

1 comment: