Sunday, August 15, 2010

Salam Kasih Ramadhan

Hari ini hari ke-5 umat Islam berpuasa
Rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa, selamat bersahur, selamat berbuka puasa dan selamat mengerjakan amal ibadat di bulan yang mulia ni
Ingat bulan ramadan bukan bulan untuk fiesta makanan dan mencuba segla jenis buffet ramadan atau juadah yang menjadi idaman, tetapi ia adalah fiesta untuk kita menambah amal ibadat kita.

Sebagai hamba yang penuh kekhilafan, ku memohon maaf jika ada kesilapan secara sengaja atau tidak sengaja, dan semoga kita semua memeluk ramadan kali ni dengan penuh erat tanpa melepaskan sedikit pun, dan semoga ia bukan ramadan yang terakhir untuk kita semua..

amin,...

Sunday, August 1, 2010

luluh ke-remukan

sedeyyy,,,modjo jojo kemalangan.
apa boleh buat suratan takdir
ku tempuhi ku terima

mungkin ini penghapus dosa-dosa kecil
redha.
dugaannya
banyakan amalan
kurangkan apa yang perlu dikurangkan

mmm..not in a very good mood. tujuan asal nak quality time with family, turns out jadi macam ini..

sekian, rintihan hati yang luluh seluluh kemukan pada modjo jojo

jangan luluh seperti aku. :( + :(

bye

Saturday, July 10, 2010

check,check la la land?

Hi hello

Macam mana dengan hujung minggu anda?
Harap semuanya have a blast wekinds

Jap je lagi nak flying without wings,,
Harap2 tercapai gak hasrat nak baaring2 dkt hollywood street tuh
Semoga semuanya berjalan lancar dan semua yabg dirancang terlaksana

satu misi penting cari senduk nasi buatan usa..ha? Itu paling mencabar kot dari soping mopping d outlet camarillo..


Weeeeeeeee.. C ya later.gonna mishh kl badly but hopefully lala land will treat me good.vip treatment can?

Have fun guys..talk laters..

One luvv
Nk

Thursday, July 8, 2010

tik tak

It was fun.
Thanks for ur time
And I hope the fun will last,everlast

Tap tup tap

:))

Tuesday, July 6, 2010

gundah gulana

Ku mencari,ku tercari di manakah ketenangan,apakah itu kedamaian?
Mmmm jiwa tak tenteram,hati gundah gulana..
Aku perlu buktikan,semuanya pasti kan baik-baik sahaja

Ya Allah,tolonglah hambamu ini..semoga segala yg telah dirancang,berjalan dengan lancar.
Kau permudahkan segala urusanku dan semoga semuanya menjadi nyata

Tiada banyak yang ku pinta,cukuplah mereka gembira dan aku boleh tersenyum semula.kerana orang kata bila aku senyum aku nampak 10tahun lebih muda

So semua,doakan yang baik-baik aja ya..

Can't wait to c u lalala land! :))

Sunday, July 4, 2010

ini.realiti.

4july07.

Hello!hi!sejahtera semua!..

Setelah hampir 4bulan makan mentor,minum mentor,tidur mentor,mandi mentor dan mimpi mentor akhirnya ia sampai juga ke penghujungnya..aaaaa :(

Mentor memang sentiasa special pada aku sbb dah macam baby.dlu 1st protfolio yg aku kene buat dlm entertainment adalah mentor.baru2 masuk dah kene take care 1st reality prog di msia (smber dr ac nielsen)..haha.dari rambut separa lurus,hampir kerinting balik dan gugur di buatnya!

But having a good team n support frm all,rasanya dah makin selesa n semakin smooth je suma benda.Syukur alhamdulilah.harap2 selepas ni dpt lg menyumbang idea,keringat dan tenaga utk menjadikan ia antara yg menjadi bualan org di luar sana ;)

Am soooo gonnaa misshhh d moments for d past 4months.xpe.ia takkan terhenti di sini, tahun depan kita jumpa lagi ye..janji tau!janjiiii

Check,check,sound check..Nak Jadi Protege Saya?

Malam ini,9malam.Inspirasi hidup saya

Friday, July 2, 2010

keheningan malam

0130

Aku pejam, dia celik
Aku pejam, dia celik
Aku diam,dia berbisik
Aku kelam,dia menarik-narik
Aku bergolek,dia terbalik

Yang hanya kedengaran bunyi kipas berpusing-pusing..tik tok tik tok jam pun berdetik..tolong malam,aku x mahu sia-siakanmu..

Pejamlah wahai mata.selamat malam

Tuesday, June 29, 2010

anda mahu size "S"?

Maka saya,
Protege obesiti
Berikrar,
Bahawa sesungguhnya akan menumpukan,
Seluruh usaha dan tenaga saya,
Bagi mencapai berat badan ideal,
Dan Menjaga
Pemakanan saya,
Serta perut boroi saya
Dengan penuh kesopanan dan ketatasusilaan
Berlandaskan prinsip prinsip berikut

Kepercayaan kepada Diet,
Kesetiaan kepada Mentor,
Keluhuran ketika bersenam,
Kedaulatan sayur-salad,
Kesopanan dan Kesusilaan

Sekian,Selamat Mencuba! :)

Saturday, June 19, 2010

limau Bali?

Wekinds yang indah setelah 3minggu berturut journey balik kampung
Bangun pagi ingat nak tgk am.max xde la pulak,pocoyo pun pocoyo lah

Task hari ini: house cleaning + modjo's jojo retreat + roti sarden,the ais sedap + recharge + konserto inspirasi kat dataran + packing utk Bali Gateway!!

Lupakan sebentar kesibukan kerja,stress yang tak pernah reda,segala gundah dan gelana serta mood swing swang

Fokus saja pada keindahan alam ciptaanNYA dan desiran ombak + jejaka hot d persisiran pantai lebih dari segalanya..haha gataie!

See You Later KL,
Hello Bali! ;)

Hav a good weekends yaw!
Xo

Tuesday, June 15, 2010

belajarlah untuk Cin-ta

Situasi

Kawan A: hello!wohoo lama gile kot x jumpa

Kawan B: aah kan sejak abis skola smpi skang br kita dpt jumpa,kau dah lain aa..

Kawan C: biasa lah kan,lama x jumpa tak sangka kau datang gak majlis kawin dia ni..rajin gile ko balik kampung ek

Kawan A: eh,biasa ah aku, ade a few gak jmputan kawin budak budak lain,tu yg balik

Kawan C: ohh tu ahh kenapa aku slalu tengok muka ko ade je kat mana-mana wedding budak2 skolah kita

Kawan D & E: (hanya mampu membisu dan tergelak di dalam hati sambil tersenyum sinis)

Kawan A: entah aaa nak kata amek berkat,dah berapa banyak dah g..kene tgg yg ke 1001 kot br keberkatan tu sampai

Pengajaran: nak datang salah,tak datang salah.jadi apakah yang perlu anda katakan.sebelum org kata anda ni da macam "wedding crasher" baiklah d mandi bunga cepat2 moga tercapailah apa yg diimpikan dan didoakan itu..aminn

Selamat Pengantin Baru semua,semoga anda akan terus terjada dengan orang yg sama di sebelah dan kegembiraan yang dicipta mekar sampai bila-bilalah! ;)

Sunday, June 6, 2010

nasi minyak telur pindang

Hey ho!

Akhirnya da selamat sampai ke kota metropolis ni
Dari mood chillin2 hujung mgg dengan keluarga dan meraikan rakan2 kawin,terus kene tkr mod tunjuk ajarku sifuddd..janji hati senang,segala penat lelah kita tolak belakang.

Congrates to abang sbb akhirnya dia reveal gak gadis pilihan hati dia,wpon just bwk jmpa mak n ayah x sampai 3kali.kalau jodoh panjang,merasalah aku makan nasi minyak family sndirik.hehe. Doa yang baik2 aja

Congrates jugek kat maman n cikgu alan yg akhirnya juge menjejak ke jinjang pelamin..wuu x sangka hilang lagik srg kwn bujang aku. Rasa seronok sebab dua2 pun mmg sepadan..

Oh tak lupa juga,Heppy Birthday to our beloved sultaneh joho,cik amylone yang sentiasa sexy dgn high pitch nya.apa azam ke 26?moga2 cepatlah tercapai ye.msultaneh heppy rakyat bergumbiraaa!heyyy hoooo..

Ok.mau fokus malam ni ade penyingkiran,sapa yg bakal tersingkir?aha! No drama,no no drama!

P/S:nasi minyak orang kahwin overdose! Have a sexy wekinds yaw

Friday, June 4, 2010

jom jalan!

Lamanya tak travel.roadtrip ke?aik masing masing senyap je,nak wat small gathering n chillin session pun susah..

Mmm baru dapat idea dari bekas rakan sekerja utk Jungle Train ke Kelantan!iye ke kelate moh kite..hehe.

Si diba + fad si bakal pengantin yang gile,aku nak join sekaki boleh?korang bulan bulan puasa mana boleh ehem ehem.:ahahaha

" Busses drive faster, are much better to travel,but the local train through the jungle is very charming lor..ohh cannot resist d temptation neh!"

P/s:duet2 di mana kau duet? Ya Allah murahkan rejekiku agar ku dpt tgk kecantikan alam ciptaanmuuuuu

ini bukan novel chinta

"Saya bukan mencari Wanita tapi saya mencari Cinta"..itulah kata2 Kasyah pada Emilia sewaktu dia merenung rapat ke matanya..tanpa dia mengetahui itulah Ayu yang dicintai,disayangi dan dicari-carinya selama ini.

Aha!hello semua?apa macam intro kita kali ini?ada kasi feel x?bagi anda yang seusia dengan saya mesti tau dgn nukilan2 dan karya ahadiat akashah yg agak popular dlu waktu skola2,zama2 tgh nak menginjak ke alam remaja.lagenda budak setan,pilot cafe,katerina dan bnyk lg sampai dah lupa dah.

Walaupun kisah cinta kasyah dengan ayu tak banyak dipaparkan secara details dlm movie ni,tapi kesan bisikan cinta tu terasa la jugak..haha.memang betul kata orang,buku bila d terjemahkan dlm bentuk filem pasti akan kurang umphhh! Bila buku dia lebih memerlukan kita utk bermain dgn emosi,sama2 melayari bahtera cerita cinta yg ingin disampaikan oleh penulis manakala filem nya pula,agak terburu2 dan jump into conclusion.walau apapun aku tetap suka part cinematography,garapan emosi dan lokasi2 menarik dlm cerita ni lagi2 part bangku di bawah pohon beringin tu..haha

Eh rasa x sabar nak balik johor,nak gali balik buku2 koleksi ahadiat yg ada dulu.harap2 mak x campak novel2 tu suma ke dlm semak sbb menyemakan bilik anak daranya ini

Jangan lupa tgk k.part Kate pun agak menaweks,cantek dan tertawek.. :)

Wednesday, June 2, 2010

huru hara haru hari ku

Cepat benar masa berlalu..baru semalam sambut ulang tahun ke-26,hari ni dah banyak kejutan berlaku..mmm kalau pm buat shuffling cabinet,kami pun x ketinggalan shuffle kitchen cabinet.

Harap harap semuanya akan baik baik sahaja.walau apa pun, perubahan tu penting utk mendewasakan kita dan memberi ruang untuk angin baru pula menusuk masuk..

P/s: di suatu sudut yg lain baru aku tau perasaan nervous se nervousnya.nasib baik suma berjalan lancar.hehe welkam to lalalalands .insya'Allah

Tuesday, June 1, 2010

we leads others follo

Hi,Hello!

Entry pertama untuk bulan Jun ni saya dedikasikan khas untuk majikan saya sbb ini hari anniversary majikan saya yang ke-26.wahh seiring sejalan rupanya kami ni..

So far memang rasa happy dan fun-tastic sebab akhirnya dpt gak keje kat sini,kenal dengan orang yang hebat2 yang biasa-biasa aja tapi nampak hebat pun banyak dan macam-macam yg dpt dikutip sepanjang menjadi warga keje di sini..lagi-lagi bila dpt portfolio entertainment prog: latest 2.9mill!!mantap dan pasti akan dpt g jauh lagi dengan support dr team yg kababomm!

Harap-harap majikan saya ni akan terus dapat menjadi Inspirasi pada Hidupku untuk 26 tahun yang akan datang..kita tunggu dan lihat sajalah.. ;)

Anda bagaimana?

Sunday, May 30, 2010

Lazy Sunday

haiiihhh...apa mau jadi ni,,bangun lambat, lemau semacam.
hari ini hari Ahad, macam biasa petang2 dah terpacak dekat Kota Memori Shah Alam..nak kene mentor menteee katanya..

apa boleh buat, semnetara takde komitmen yang banyak ni, baik saja habiskan masa dengan kerja kerja kerja..lalallaalala..hali hali kerja...lalalalal bila mau jadi kaya?

"xpelah nak,,mak pun werkaholix juga..kata ibunya kepada anaknya..."..



Anda Nak Jadi Protege Saya? :)

xo

selamat malam atau pagi?

Hi!hello..

Akhirnya selamat juga sampai ke KL setelah menjalani 2hari yang agak hectic dan padat d kampung halaman.selain dapat melepaskan rindu dekat mak ayah,rasa happy sangat sebab akhirnya kachuks SAH bergelar isteri pada Asrul Ezani Abd Rahman.Sedikit trivia menarik di sepanjang perjalanan aku pulang ke Batu Pahat selama 2 hari ini;-

1) Dapat makan mee bandong muor odw balik ke BP wpon layan yg adoo oleh tokeh kdai makan dan super lemss!
2) Kali pertama membuat packs goodie utk kanak2 4 kachuks's wedding.idea dan di monitor ketat oleh Sasha aka mummy akief.wpon perjanjian 300paxs tp ade shot beberapa paxs ats sebab2 yg x dpt dielakan
3) Visit wangers jr yg 1st: Ahmad Adam Qhushaiyyi n mummy saffy dan membuatkan zed membenci kami sbb dpt capture gmbr Kid tgh bukak mata.heheh,jgn maree ye aunty tido_z
4) Membawa JZ n KH balik ke BP as official photogpher utk wedding kacuk.harapa2 dpt beri portfolio yg baik dan menggembirakan pasangan pengantin
*FYI pasangan pengantin kita ni bukan saja berbin/bintikan nama yg sama, Abd Rahman malah turut berkongsi tarikh lahir yg sama 05.05,tahun je berbeza.apa lagi yg sama?haa hanya jauhari mengenal manikam yaw!
5) Terpaksa makan goreng pisang n air tebu kakak yang ingt aku msh sekolah lagi..depan umah sorang2 sebab xde kunci umah n semua org g smayang jumaat. Br aku sedar kurang pompuan dlm fam kami..
6) Sesi photo-shoot for newly weds d salah satu lokasi pujaan- Minyak Beku.usah d tanbya kenapa namanya begitu..beku dah nak menjawab
7) Modjo jojo telah terpecah dara sbb KH telah membawa sehingga 190KM/J odw back to KL!oh oh oh,jgn ingt guwe x dgr perbualan kalian wpon guwe tido dlm rintik2 hujan itu..

Eh macam banyak pulak, lain hari lain masa sambung lagi,hari sudah mau siang,saya pun tak tahu samada nak ucapkan selamat malam atau selamat pagi.Akhir kata,terima kasih bnyk2 pada JZ n KH yg sudi membantu dan turun ke BP wpon x dpt makan Mee Racun,terima kasih jugak pada Atok Pok yg sudi tgg cucu kesayangan dia ni d muka pintu semata2 nak bg pelam yg dah disimpan lama utk dimakan pada masa lapang dan Terima Kasih pada mak n ayah yg sudi bagi tumpangkan tempat berteduh pd kawan lelaki saya buat pertama kalinya dan mereka2 yang sentiasa membuatkan hati saya berbunga ceria tatkala kita berjumpa.. ;)

Eh da mcm bagi ucapan menang award dekat Anugerah Skrin daaaa.nite people!

Have a good weekends

Thursday, May 27, 2010

hi awak

Hi awak,

Diam tak diam sudah lama juga kita berkenalan kan?
Ke sana ke mari,awak sentiasa ada..
Setia sahaja menemani..tanpa ragu,penat dan jemu

Di kala saya sunyi,
Di kala saya sendiri,
Di kala saya benci,
Di kala saya heppi..

Awak tak pernah serik untuk menemani..

Hari ini,saya nak bagi awak sesuatu yang boleh buat awak ber-energi semula.sweet tak saya?

Ok,pejam mata,meh kita bangun pagi2..kita kira sampai tiga..satu..dua..dua.perpuluhan lima,tigaa!!!

Yeay kita dah sampai dekat pusat servis mutiara damansara..

So awak kene buat treatment tau,minor je..jangan takut..saya kan ada?

Nanti malam bila awak dah ber-energi baru lah saya boleh bawak awak jumpa mak ngn ayah saya..

Haha.saiko kan,inilah yg bakal terjadi jika sangap jadi orang terawal di pusat servis kereta.malam ni ride to d south wit my modjo jojo.sayy hiii to modjo!!

Cheers n have a nice day yaw!
xoxo

Wednesday, May 26, 2010

bla.bla.bla

Hello!hi people..apa kabar?

Macam mana minggu anda?adakah terlalu sibuk atau chillex saja semacam saya?bagi yang terlalu sibuk tu,cuba amik sikit masa untuk bernafas dan cuba untuk menikmati kehidupan muda remaja ni selagi boleh..minggu ini,masa bekerja akan menjadi 4hari je cos jumaat adalah public holidae.yeayy!jadi inilah masanya untuk merancang pelbagai agenda seperti:-
1) Pulang ke kampung halaman bertemu keluarga terchentaa?
2)Makan nasi minyak kerana kehilangan sorang lagi rakan bujang?ohhohhohh
3)Masa untuk makan masakan ibu?tok mak?atau apa2lagi jenis makanan yang boleh menambahkan kg anda apabila pulang ke kota
4)Masa untuk online sampai lebam?
5)Masa untuk jadi driver ke pasar,menghantar adik ke shopping mall bersama kwn2nya?
6)Masa untuk klik klak kluk menggunakan Diana-F. Perlukan banyak subjek di dlm item ni
7)Masa utk catch up dgn rakan2 lama dan mengupdate diri msg2.soklan bonus yg tanak d dengar;bila lagi?bila? 11jan!!
Ohhh banyak pulak masa aku nak mengupdate semua benda,lagi 7min pukul 9pg..sepatutnya dah ade d ofis tapi kenapa aku masih berdiri d depan management ofice ni?mendambakan acess card yg x functioning dan tuan rumah yg jauh d luar negara.adoyaii wht aaa!!

Thursday, May 13, 2010

hey..hey..

Hello!Apa Kabar?

Wahhh sungguh lama tak menulis nulis,nak kata sibuk tak jugak,nak kata banyak masa lapang pun tak jugak..abes tu?entaah la labu,semangat tu dah semakin berkurang kot.tolong people,kembalikan ia semangat tersebut sebelum ia terkubur begitu sahaja..haha
Hari ni rasa sungguh bertenaga,selepas Subuh dah jog keliling umah,dapat 4round pun jadilah..satu permulaan yang baik.bukan nak kurus tapi nak fit je,lemak berlebihan sungguh!
Wish me luck people ;)
Have a nice day yaw!

Xoxo