Showing posts with label Kerjaya-loq. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya-loq. Show all posts

Sunday, May 30, 2010

Lazy Sunday

haiiihhh...apa mau jadi ni,,bangun lambat, lemau semacam.
hari ini hari Ahad, macam biasa petang2 dah terpacak dekat Kota Memori Shah Alam..nak kene mentor menteee katanya..

apa boleh buat, semnetara takde komitmen yang banyak ni, baik saja habiskan masa dengan kerja kerja kerja..lalallaalala..hali hali kerja...lalalalal bila mau jadi kaya?

"xpelah nak,,mak pun werkaholix juga..kata ibunya kepada anaknya..."..



Anda Nak Jadi Protege Saya? :)

xo

Monday, January 11, 2010

Musix Unfolds

"Hey, Hey, Hey Aku tak percaya cinta...aku tak percaya cinta"..

Eh, eh..tersilap pulak. Jangan salah faham, lirik lagu di atas bukan nukilan isi hati, tapi cumalah sekadar pembuka kata sahaja.. Lagipun, itu lagu LJ, teman tapi mesra juara AJL yang telah berlansung 10 Jan 10 yang lalu.

Sebagai salah seorang yang mengikuti perkembangan dan penguncupan AJL dari zaman sekolah sehinggalah zaman dah dapat bekerja dengan tenaga kerja produksi sebenar AJL..rasanya elok bebenarlah bercerita serba sedikit tentang anugerah berprestij yang membuka tirai dua puluh seploh ini. Berminat ke?

Secara jujur, my pick untuk tahun ini semestinya abg super..super..bukan superpower (seperti yang anda selalu lihat di kaca TV sambil tersenyum-senyum sendiri) tetapi superman versi Melayu. Nasib baik malam tadi dia bertongkat tidak memakai spender di luar. Haha. suara yang baik, lirik lagu yang memberangsangkan dan elemen persembahan yang memberi impak dan penuh dengan penghayatan. Walaupun berperang dengan deeep vein thrombosis (DVT) yg boleh marahbahayakan kesihatan yg belum fully recover tapi dia tetap memberi komitmen yang terbaik untuk lagu Bencinta. Tabik Spring lah!

2nd choice, kak Misha Omar yang memang vokal xleh dieprtikaikan cuma macam kurang feel sket la dia nyanyi lagu cinta Adam dan Hawa, bukan apa,...rasa macam x sampai aje..x berbekas di hati gitu. tapi lirik dia mmg mendalam, ciptaan azmeer n arwah loloq. :)

Niat asal nak cerita tentang persembahan semalam, tapi macam dah terberat sebelah dengan pilihan hati pulak. Haha, takpelah, anyway congrates a zillion utk pemenang malam tadi, mr pete n amran omar menerusi lagu pergi nyanyian aizat, yuna dengan lagu dan sebenarnya (yang sentiasa monotonus dan mcm x bukak mulut tu) dan audi mok n faizal tahir menerusi bencinta dan vokal terbaik, Black serta persembahan terbaik kerjasama aizat dan budak2 sekolah yng chomel menerusi Kau Aku, tak lupa pada tenaga produksi AJL dis year yang memang kerja kuat dalam merealisasikan muzik tanpa had! moga-moga next year bos bagi peluang pulak dekat saya untuk membuat sesuatu yang lebih d bomb. *_*.

Pemenang memang semua dah sedia maklum, walaupun ada kedengaran cakap-cakap tentang keputusan juri, namun kita harus hormati kerana mereka semua memang otai dalam bidang masing-masing untuk menentukan siapa yang terbaik dan siapa yang layak untuk dinobatkan sebagai juara di antara lagu. Janganlah rumah sudah siap namun pahat masih berbunyi..nampak tak molek deh..

Sekian, Terima Kasih. lain kali kita bercerita lagi...teruskan martabatkan industri seni tempatan dan menyokong nilai estetika pengiat seni tempatan yang cuba disampaikan melalui bait-bait indah lagu dan irama yang dinukilkan. 1Lagu, 1 Malaysia! :)








p/s: oh x lupa terima kasih pada sesiapa yg sudi datang n support full dress rehearsel wpon terpaksa jalan sejauh 4km, tumpang shutle van tv3 n meredah hujan yg agak lebat. sorry itu je yg terbaik dapat bagi.

Monday, January 4, 2010

Selamat Ulangtahun Sayang

Selain menyambut tahun baru, ada juga beberapa perkara yang menggamit perasaan aku tatkala bulan Januari muncul. Kini, hampir setahun aku meninggalkan kerja yang banyak memberi pengalaman dan juga pahit maung bergelar seorang penulis jalanan.

Kerja sebagai jernalist atau penyelidik untuk sebuah syarikat milik Melayu yang banyak memperkenalkan aku pada dunia luar dan juga memberi aku pengalaman untuk mengenali kehidupan masyarakat di luar bandar di serata Malaysia. Setiap ceruk kami kunjungi, setiap pelusuk kami terokai. Dan hasilnya? Sungguh memberansangkan! Bukan setakat Tok Batin, Tok Ketua Kampung, Ketua Belia Kampung, Ahli Jemaah Masjid dan juga penduduk kampung, semuanya aku dan juga cik abang photopher terjah. haaa..boleh jadik protege abg nas ni lepas ni..haha

Di sini aku ingin ucapkan terima kasih pada pihak pengurusan Kotak Lembut dengan segala tunjuk ajar, pengalaman dan peluang yang diberikan. Walaupun gaji kami sering masuk lambat dan ada kalanya x masuk, tapi kami tetap enjoy bekerja dan tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk berkarya dengan lebih baik..

Selain itu, teman-teman seperjuangan, susah senang dan teman sebantal,teman sebilik, teman menyelam sambil minum air, teman bergambar, teman berjalan, teman merusuh pada syarikat, teman bermogok dan teman menggunakan harta kampeni selagi boleh dan temani aku ke arah kebaikaannnn...haha. heart u ols yaw!

Walaupun jodoh kita tak panjang, tapi ingatan itu tetap akan berkekalan sampai bila-bila. Terima kasih untuk kenangan manis kita bersama ya. Aku bukan sengaja nak tinggalkan kau, tapi aku terpaksa demi pembangunan kerjaya yang lebih baik. Haha. Poyo kejap. Hopefully, yang ada sekarang ini akan sentiasa memberi Inspirasi, sama macam kau jugak wahai Kotak Lembut! heelllyeahh

Bagi sesiapa yang ingin melihat hasil kerja kami yang tak seberapa tapi mungkin berbekas di hati penduduk kampung di bawah program Universal Service Provision.. :)

www.telecentre.my