Monday, January 11, 2010

Musix Unfolds

"Hey, Hey, Hey Aku tak percaya cinta...aku tak percaya cinta"..

Eh, eh..tersilap pulak. Jangan salah faham, lirik lagu di atas bukan nukilan isi hati, tapi cumalah sekadar pembuka kata sahaja.. Lagipun, itu lagu LJ, teman tapi mesra juara AJL yang telah berlansung 10 Jan 10 yang lalu.

Sebagai salah seorang yang mengikuti perkembangan dan penguncupan AJL dari zaman sekolah sehinggalah zaman dah dapat bekerja dengan tenaga kerja produksi sebenar AJL..rasanya elok bebenarlah bercerita serba sedikit tentang anugerah berprestij yang membuka tirai dua puluh seploh ini. Berminat ke?

Secara jujur, my pick untuk tahun ini semestinya abg super..super..bukan superpower (seperti yang anda selalu lihat di kaca TV sambil tersenyum-senyum sendiri) tetapi superman versi Melayu. Nasib baik malam tadi dia bertongkat tidak memakai spender di luar. Haha. suara yang baik, lirik lagu yang memberangsangkan dan elemen persembahan yang memberi impak dan penuh dengan penghayatan. Walaupun berperang dengan deeep vein thrombosis (DVT) yg boleh marahbahayakan kesihatan yg belum fully recover tapi dia tetap memberi komitmen yang terbaik untuk lagu Bencinta. Tabik Spring lah!

2nd choice, kak Misha Omar yang memang vokal xleh dieprtikaikan cuma macam kurang feel sket la dia nyanyi lagu cinta Adam dan Hawa, bukan apa,...rasa macam x sampai aje..x berbekas di hati gitu. tapi lirik dia mmg mendalam, ciptaan azmeer n arwah loloq. :)

Niat asal nak cerita tentang persembahan semalam, tapi macam dah terberat sebelah dengan pilihan hati pulak. Haha, takpelah, anyway congrates a zillion utk pemenang malam tadi, mr pete n amran omar menerusi lagu pergi nyanyian aizat, yuna dengan lagu dan sebenarnya (yang sentiasa monotonus dan mcm x bukak mulut tu) dan audi mok n faizal tahir menerusi bencinta dan vokal terbaik, Black serta persembahan terbaik kerjasama aizat dan budak2 sekolah yng chomel menerusi Kau Aku, tak lupa pada tenaga produksi AJL dis year yang memang kerja kuat dalam merealisasikan muzik tanpa had! moga-moga next year bos bagi peluang pulak dekat saya untuk membuat sesuatu yang lebih d bomb. *_*.

Pemenang memang semua dah sedia maklum, walaupun ada kedengaran cakap-cakap tentang keputusan juri, namun kita harus hormati kerana mereka semua memang otai dalam bidang masing-masing untuk menentukan siapa yang terbaik dan siapa yang layak untuk dinobatkan sebagai juara di antara lagu. Janganlah rumah sudah siap namun pahat masih berbunyi..nampak tak molek deh..

Sekian, Terima Kasih. lain kali kita bercerita lagi...teruskan martabatkan industri seni tempatan dan menyokong nilai estetika pengiat seni tempatan yang cuba disampaikan melalui bait-bait indah lagu dan irama yang dinukilkan. 1Lagu, 1 Malaysia! :)








p/s: oh x lupa terima kasih pada sesiapa yg sudi datang n support full dress rehearsel wpon terpaksa jalan sejauh 4km, tumpang shutle van tv3 n meredah hujan yg agak lebat. sorry itu je yg terbaik dapat bagi.

No comments:

Post a Comment