Showing posts with label Makan-aja. Show all posts
Showing posts with label Makan-aja. Show all posts

Tuesday, January 26, 2010

Menu Hari Ini

Hi! Hello. Waddap yaw? Macam mana dengan hari anda? Ok ke? Ada yang dimarahi boss ke? Atau dipuji sebab masuk keja awal ini hari. Ok, chill mari kita rensakan segala keresahan yang ada di dalam dada dan menjelahi ke alam makanan pada hari ini. Walaupun hari ini saya dan housemate mendapat Public Holiday di kawasan kejiranan kami sahaja, tapi kami tetap memilih untuk memasak di rumah. (Kalaulah mak tau ni, mesti dia kata, kenapa dengan kau ni nak? sehat x? nak mak bekalkan dengan sepapan panadol ke?)..

Jadi, apakah menu yang telah dipilih untuk keluaran kali ini? Masih lagi mengekalkan konsep simple but yet fabulous, kami telah sepakat untuk memasak Ayam Masak Merah Menyala Hatiku dan Hatimu serta Sayur Chap Chai buka chap kali chap kali chap chap chap..Oh, lupa hari ini tugas memasak dijalankan oleh saya sepenuhnya kerana housemate sa=ket tekak, jadi dia hanya mampu masak nasi sahaja. Ok la tuh! :)





Tak mahu ulas lebih lanjut kerana saat post ini di post kami masih belum lagi merasa air tangan berachun tu..haha..enjoy sahaja dan selamat menjalani hari-hari anda dengan senyuman. Kan, Senyuman itu sedekah,ini bukan saya yang kata tapi Nabi SAW..

xoxo,
chef of d day

Wednesday, January 20, 2010

lauk bujang aje

Hey, waddap yaw..

Topik hari ni macam agak sukar jugak la untuk digambarkan dengan kata-kata. Al maklum pertama kali dapat main masak-masak setelah kali terakhir main ketika zaman budak-budak dulu. Sekarang ni x payah pakai mainan plastik tapi real punya. real punya woo!!

Menu isnin - Sardin Salmon Alpacino bersama Telur dadar berahi dan sup sayur super suppy.. Simple pimple je percubaan pertama, tapi macam nak berkung-fu jugaklah di dapur time magrib2 tu.

Menu selasa - Nasi Goreng Kampung ala Texas bersama Sayur Goreng Kacang ala Sri Damansara (baikpunya, cakap ramai-ramai, baik punya). Oh lupa pulak, fyi NGKaT tu, resipi dari ting 3 ok? ha mantap x mantap? hampir 10 tahun x buat, tapi rasanya masih sama, terasa-rasa di bibir kerangupan bilis di celahan-celah NGKaT.

Sorry le dapat jamu dengan gambar2 comel lauk2 bujang yang nampak macam menyelerakan. Nak tahu sedap ke x, anda boleh lah datang dan redeem kupon SD. Skarang ni bukan stakat dapat free accomodation, tapi skang dah tak payah susah-susah nak g breakfast SEDAP pagi2, chef bertauliah dah menanti. :)







Akhir kata, tiada bahasa seindah kata, tiada rupa secantik hamba dan tiada lauk sesedap ia. hahaha