Thursday, May 27, 2010

hi awak

Hi awak,

Diam tak diam sudah lama juga kita berkenalan kan?
Ke sana ke mari,awak sentiasa ada..
Setia sahaja menemani..tanpa ragu,penat dan jemu

Di kala saya sunyi,
Di kala saya sendiri,
Di kala saya benci,
Di kala saya heppi..

Awak tak pernah serik untuk menemani..

Hari ini,saya nak bagi awak sesuatu yang boleh buat awak ber-energi semula.sweet tak saya?

Ok,pejam mata,meh kita bangun pagi2..kita kira sampai tiga..satu..dua..dua.perpuluhan lima,tigaa!!!

Yeay kita dah sampai dekat pusat servis mutiara damansara..

So awak kene buat treatment tau,minor je..jangan takut..saya kan ada?

Nanti malam bila awak dah ber-energi baru lah saya boleh bawak awak jumpa mak ngn ayah saya..

Haha.saiko kan,inilah yg bakal terjadi jika sangap jadi orang terawal di pusat servis kereta.malam ni ride to d south wit my modjo jojo.sayy hiii to modjo!!

Cheers n have a nice day yaw!
xoxo

Wednesday, May 26, 2010

bla.bla.bla

Hello!hi people..apa kabar?

Macam mana minggu anda?adakah terlalu sibuk atau chillex saja semacam saya?bagi yang terlalu sibuk tu,cuba amik sikit masa untuk bernafas dan cuba untuk menikmati kehidupan muda remaja ni selagi boleh..minggu ini,masa bekerja akan menjadi 4hari je cos jumaat adalah public holidae.yeayy!jadi inilah masanya untuk merancang pelbagai agenda seperti:-
1) Pulang ke kampung halaman bertemu keluarga terchentaa?
2)Makan nasi minyak kerana kehilangan sorang lagi rakan bujang?ohhohhohh
3)Masa untuk makan masakan ibu?tok mak?atau apa2lagi jenis makanan yang boleh menambahkan kg anda apabila pulang ke kota
4)Masa untuk online sampai lebam?
5)Masa untuk jadi driver ke pasar,menghantar adik ke shopping mall bersama kwn2nya?
6)Masa untuk klik klak kluk menggunakan Diana-F. Perlukan banyak subjek di dlm item ni
7)Masa utk catch up dgn rakan2 lama dan mengupdate diri msg2.soklan bonus yg tanak d dengar;bila lagi?bila? 11jan!!
Ohhh banyak pulak masa aku nak mengupdate semua benda,lagi 7min pukul 9pg..sepatutnya dah ade d ofis tapi kenapa aku masih berdiri d depan management ofice ni?mendambakan acess card yg x functioning dan tuan rumah yg jauh d luar negara.adoyaii wht aaa!!

Thursday, May 13, 2010

hey..hey..

Hello!Apa Kabar?

Wahhh sungguh lama tak menulis nulis,nak kata sibuk tak jugak,nak kata banyak masa lapang pun tak jugak..abes tu?entaah la labu,semangat tu dah semakin berkurang kot.tolong people,kembalikan ia semangat tersebut sebelum ia terkubur begitu sahaja..haha
Hari ni rasa sungguh bertenaga,selepas Subuh dah jog keliling umah,dapat 4round pun jadilah..satu permulaan yang baik.bukan nak kurus tapi nak fit je,lemak berlebihan sungguh!
Wish me luck people ;)
Have a nice day yaw!

Xoxo

Sunday, February 14, 2010

Hari V'

Layar Ria
Sabtu.14.02.10.0808


Selamat pagi! gong xi gong xi bagi yang menyambut Tahun Baru China dan hari ini juga adalah valentine's day! OMG..!will u be my valentine? haha, memang tidaklah kan, masih di peringkat chillex yaw..buat apa nak disambut2,tapi...cuma nak kongsi satu benda ja tentang movie Valentine's Day yang aku baru tengok dengan si gadis-gadis malam tadi.

Dan untuk satu lagi trivia untuk pagi ini, inilah kali pertama aku tengok wayang malam hari selama 25tahun duduk dekat bumi bertuah, batu pahat ini..nampak la macam baik sikit kan kalau kat kampung, duduk rumah ja tak keluar malam...anak sapa tuh? cikgu dollah jugak yang dapat nama.. :)

ok, berbalik kepada rancangan asal tadi, sememangnya genre romantik komedi memang menjadi keutamaan aku apabila ingin menonton wayang. sejak-sejak kebelakangan ni ajhe..entah mengapa. Bukan apa, setelah kita penat-penat keje, stress dan sebagainya, apa salahnya kalau kita tenangkan fikiran, chill dan tengok sesuatu yang x membebankan kan..kan?

Secara amnya, aku boleh kata cerita ni patut ditonton la bagi sesiapa yang mempunyai orang yang tersayang, x semestinya kekasih hati sebab ia bukan hanya berkisar tentang kisah kasih dan sayang di antara pasangan kekasih sahaja tetapi merangkumi kasih sayang di antara suami isteri yang dah kahwin lebih dari separuh abad, ibu dan anak serta macam mana perasaan kasih dan sayang yang diintrepretasikan di antara kawan baik yang berlainan jantina, bagaimana budak kecik boleh ada crush dengan cikgu yang beza umur sangatlah jauh(Bahaya sungguh, belum akil baligh lagik tuh..), dan cara-cara untuk menerima pasangan kita dengan sepenuh jiwa samada baik atau buruk walaupun dia bekerja sebagai 'part time adults entertainer'- part yang tuh sumpah layan kelakar gila ok!.

Kemanisan kisah cinta, pengkhianatan, persahabatan serta kasih dan sayang yang digarap menjadi sebuah cerita ringan sesuai ditonton oleh semua. It's a day when ur love life is put on display! :)



JESSICA ALBA.KATHEY BATES.JESICCA BAEL.BRADLEY COOPER.ERIC DANE.PATRICK DAMPSEY.HECTOR ELIZONDO.JAMIE FOXX.JENNIFER GARNER.TOPHER GRACE.ANNE HATHAWAY.ASHTON KUTCHER.QUEEN LATIFAH.TAYLOR SWIFT.JULIA ROBERTS.GEORGE LOPEZ.EMMA ROBERTS.

NK

Saturday, February 13, 2010

revolusi talian telekomunikasi

Rentak Dunia.
Sabtu.13.02.02, 1533


Heloo! Hi, selamat bercuti semua yang akan menyambut tahun harimau tahun ni..walaupun tahun harimau, janganlah garang-garang sangat..okies mari kita nyanyi sama-sama lagu untuk tajuk di atas.

inikah revolusi, atau hanya illusi, bagaikan mimpi jadi realiti..nak tahu lebih lanjut bukak je corong radio mesti ade je lagu dr bunkface ni..

berbalik kepada topik di atas, ingin rasanya berkongsi serba sedikit tentang revolusi talian telekomunikasi yang telah banyak berjasa dari dulu sampai lah sekarang. Kenapa tiba2 hati ni tergerak nak membincangkan topik sebegini, haiiii ade ke tanya lagi, setiap apa yang berlaku pasti lah ade sebab dan musababnya...mari kita hayati bersama...

bukan apa, pengalaman dua hari disconnected telah banyak mengajar erti jerih perih kepahitan apabila anda tidak dapat mendengar deringan bunyi hand-phone kesayangan walaupun most of d time ianya di dalam mode silent.haha.itulah orang kata, lain kali kalau pasang angan-angan nak cari pengganti, simpan dalam hati, kang sekali "benda" ni dah merajuk, siapa yang makan hati? tapi,bukan itu sahaja, banyak sebenarnya perkara yang 'benda' ni dah berjasa kat aku. sebagai contoh, seperti di bawah:-

1) jam loceng dengan pilihan lagu kegemaran untuk bangun di waktu subuh. sebagai contoh ada orang yang gemar memilih lagu Kenangan Terindah Samson untuk bangun pagi!(hishhhh ada ker?)

2) Sebagai medium pengantara di kala sunyi kepada kawan-kawan, rakan sekerja, peminat dan keluarga di kala sunyi. Ada kala, cukuplah dengan sekadar msg - Hello, orang di sebelah sana sudah boleh senyum sampai ke telinga!(sumpah x tipu)

3) Sebagai pengganti buku nota, di mana anda boleh mencatit apa sahaja note yg diberikan oleh boss semasa tugasan luar dan untuk dijadikan reminder apabila pulang ke ofis.(nampak la efficient la sket bila bekerja...)

4) Sebagai pengigat di kala anda terlupa sambutan birthday sesiapa sahaja orang di sekeliling anda.(ha ini memang paling penting, kalau x...)

5) Jika ada yang canggih sikit, bolehlah digunakan untuk mengambil gambar atau video secara curi-curi orang yang anda suka, ataupun mengambil gambar bersama peminat yang tiba-tiba datang menyerbu...(budget...)

6) Paling latest dan hip bila boleh update status terkini ataupun melihat news feed di laman social networking (Like!)

akhir kata Selamat Datang ke dunia Nokiaberry..walaupun berharga di bawah seratus ringgit sahaja..walaupun, akak kembali pakai hp hitam putih, janji akak sentiasa get connected! :)





NK

Saturday, February 6, 2010

kau TANDA hati aku

Orkestra Kehidupan.
Khamis, 4.02.10, 2030


Suatu malam yang sunyi, walaupun di kesiangan hari yang sungguh bz, aku mengambil keputusan untuk menonton teater bersama dengan Saffy di ASWARA.walaupun hanya dia yang sudi menemani, tapi itu semua tidak aku ambil peduli janji hasil yang kami dapat sungguh memuaskan hati.

Nak dijadikan cerita, aku telah mendapat invitation di fb untuk menonton teater ini, setelah meneliti barisan anak-anak seni(Beto, Dira, Zahiril, yang bakal menyulami bakat, ekspresi dan emosi di dalam sebuah cerita yang mempunyai 6kisah tersendiri-iaitu TANDA. Ini tanda bukan sebarang tanda, ini tanda yang berbekas di hati. :)

Sebuah penceritaan yang sangat memberikan impak dan kepuasan pada setiap penonton dengan gerak geri, mainan emosi, bait-bait indah yang diungkapkan walaupun ada kalanya aku mcam tak berapa memahami apa yang cuba disampaikan (ada ketika macam tengah mumbling)..tapi setiap saat, ada saja gerak tari dan kata-kata yang keluar dari kotak hati mereka semua, dipentaskan di dalam sebuah pentas empat segi dan berbekalkan backup visual di belakang dan didukungi dengan muzik-muzik pantas dari kumpulan pemuzik di belakang tabir. sangat puas hati dan ingin aku tonton lagi teater yang sebegini. tapi masih adakah yang sudi menemani?

Lepas je menonton, timbul sedikit kesedaran tentang betapa pentingnya kita menjaga alam sekitar dan bukan itu sahaja, kemusnahan dunia yang semakin ketara buatan manusia juga ditampilkan dengan penuh emosi di dalam teater ini. Teringat scene di mana anak-anak muda sedang sibuk berjoli (main belakang ada, main gunting ade, sikit punya rakus!haha) tanpa mengira keadaan sekeliling dan bagaimana di akhir cerita mereka-mereka yang rakus ini dimamah bumi..

Nasib baiklah kami dapat menonton hari khamis tu, sebab aku dengar cerita yang pementasan untuk jumaat tiba-tiba dibatalkan? kenapa? aku pun tak pasti,tapi aku bersyukur sebab dapat menjadi sebahagian daripada yang dah berTANDA.. :)

"Pengkhianat akan sentiasa membaluti tubuhnya dengan keluhuran.."(antara bait2 yang aku ingat-ingat lupa)



NK

Tuesday, February 2, 2010

Uno Wacko

Satu malam, kami datang,,serbu dia untuk makan malam..

Tapi apa, yang kami dapat, sambil makan, sambil main uno wacko..

macam mana, x jadi wacko, sambil alih-alih itu block, sambil jerit!!

walau hati nampak tenang, tapi gelora block dari terjatuh berderai..menjerit jerit dalam hati...

haha..lepas ni, dah ade permainan baru di kala sunyi..syiok woo..meguji minda di kala perut sudah berisi..by d time habis main, perut pun dah start berkeroncong kembali.. wehuuuuuuuuuuuu





hanya terdapat di memori corner.. :)