Sunday, May 30, 2010

Lazy Sunday

haiiihhh...apa mau jadi ni,,bangun lambat, lemau semacam.
hari ini hari Ahad, macam biasa petang2 dah terpacak dekat Kota Memori Shah Alam..nak kene mentor menteee katanya..

apa boleh buat, semnetara takde komitmen yang banyak ni, baik saja habiskan masa dengan kerja kerja kerja..lalallaalala..hali hali kerja...lalalalal bila mau jadi kaya?

"xpelah nak,,mak pun werkaholix juga..kata ibunya kepada anaknya..."..



Anda Nak Jadi Protege Saya? :)

xo

selamat malam atau pagi?

Hi!hello..

Akhirnya selamat juga sampai ke KL setelah menjalani 2hari yang agak hectic dan padat d kampung halaman.selain dapat melepaskan rindu dekat mak ayah,rasa happy sangat sebab akhirnya kachuks SAH bergelar isteri pada Asrul Ezani Abd Rahman.Sedikit trivia menarik di sepanjang perjalanan aku pulang ke Batu Pahat selama 2 hari ini;-

1) Dapat makan mee bandong muor odw balik ke BP wpon layan yg adoo oleh tokeh kdai makan dan super lemss!
2) Kali pertama membuat packs goodie utk kanak2 4 kachuks's wedding.idea dan di monitor ketat oleh Sasha aka mummy akief.wpon perjanjian 300paxs tp ade shot beberapa paxs ats sebab2 yg x dpt dielakan
3) Visit wangers jr yg 1st: Ahmad Adam Qhushaiyyi n mummy saffy dan membuatkan zed membenci kami sbb dpt capture gmbr Kid tgh bukak mata.heheh,jgn maree ye aunty tido_z
4) Membawa JZ n KH balik ke BP as official photogpher utk wedding kacuk.harapa2 dpt beri portfolio yg baik dan menggembirakan pasangan pengantin
*FYI pasangan pengantin kita ni bukan saja berbin/bintikan nama yg sama, Abd Rahman malah turut berkongsi tarikh lahir yg sama 05.05,tahun je berbeza.apa lagi yg sama?haa hanya jauhari mengenal manikam yaw!
5) Terpaksa makan goreng pisang n air tebu kakak yang ingt aku msh sekolah lagi..depan umah sorang2 sebab xde kunci umah n semua org g smayang jumaat. Br aku sedar kurang pompuan dlm fam kami..
6) Sesi photo-shoot for newly weds d salah satu lokasi pujaan- Minyak Beku.usah d tanbya kenapa namanya begitu..beku dah nak menjawab
7) Modjo jojo telah terpecah dara sbb KH telah membawa sehingga 190KM/J odw back to KL!oh oh oh,jgn ingt guwe x dgr perbualan kalian wpon guwe tido dlm rintik2 hujan itu..

Eh macam banyak pulak, lain hari lain masa sambung lagi,hari sudah mau siang,saya pun tak tahu samada nak ucapkan selamat malam atau selamat pagi.Akhir kata,terima kasih bnyk2 pada JZ n KH yg sudi membantu dan turun ke BP wpon x dpt makan Mee Racun,terima kasih jugak pada Atok Pok yg sudi tgg cucu kesayangan dia ni d muka pintu semata2 nak bg pelam yg dah disimpan lama utk dimakan pada masa lapang dan Terima Kasih pada mak n ayah yg sudi bagi tumpangkan tempat berteduh pd kawan lelaki saya buat pertama kalinya dan mereka2 yang sentiasa membuatkan hati saya berbunga ceria tatkala kita berjumpa.. ;)

Eh da mcm bagi ucapan menang award dekat Anugerah Skrin daaaa.nite people!

Have a good weekends

Thursday, May 27, 2010

hi awak

Hi awak,

Diam tak diam sudah lama juga kita berkenalan kan?
Ke sana ke mari,awak sentiasa ada..
Setia sahaja menemani..tanpa ragu,penat dan jemu

Di kala saya sunyi,
Di kala saya sendiri,
Di kala saya benci,
Di kala saya heppi..

Awak tak pernah serik untuk menemani..

Hari ini,saya nak bagi awak sesuatu yang boleh buat awak ber-energi semula.sweet tak saya?

Ok,pejam mata,meh kita bangun pagi2..kita kira sampai tiga..satu..dua..dua.perpuluhan lima,tigaa!!!

Yeay kita dah sampai dekat pusat servis mutiara damansara..

So awak kene buat treatment tau,minor je..jangan takut..saya kan ada?

Nanti malam bila awak dah ber-energi baru lah saya boleh bawak awak jumpa mak ngn ayah saya..

Haha.saiko kan,inilah yg bakal terjadi jika sangap jadi orang terawal di pusat servis kereta.malam ni ride to d south wit my modjo jojo.sayy hiii to modjo!!

Cheers n have a nice day yaw!
xoxo

Wednesday, May 26, 2010

bla.bla.bla

Hello!hi people..apa kabar?

Macam mana minggu anda?adakah terlalu sibuk atau chillex saja semacam saya?bagi yang terlalu sibuk tu,cuba amik sikit masa untuk bernafas dan cuba untuk menikmati kehidupan muda remaja ni selagi boleh..minggu ini,masa bekerja akan menjadi 4hari je cos jumaat adalah public holidae.yeayy!jadi inilah masanya untuk merancang pelbagai agenda seperti:-
1) Pulang ke kampung halaman bertemu keluarga terchentaa?
2)Makan nasi minyak kerana kehilangan sorang lagi rakan bujang?ohhohhohh
3)Masa untuk makan masakan ibu?tok mak?atau apa2lagi jenis makanan yang boleh menambahkan kg anda apabila pulang ke kota
4)Masa untuk online sampai lebam?
5)Masa untuk jadi driver ke pasar,menghantar adik ke shopping mall bersama kwn2nya?
6)Masa untuk klik klak kluk menggunakan Diana-F. Perlukan banyak subjek di dlm item ni
7)Masa utk catch up dgn rakan2 lama dan mengupdate diri msg2.soklan bonus yg tanak d dengar;bila lagi?bila? 11jan!!
Ohhh banyak pulak masa aku nak mengupdate semua benda,lagi 7min pukul 9pg..sepatutnya dah ade d ofis tapi kenapa aku masih berdiri d depan management ofice ni?mendambakan acess card yg x functioning dan tuan rumah yg jauh d luar negara.adoyaii wht aaa!!

Thursday, May 13, 2010

hey..hey..

Hello!Apa Kabar?

Wahhh sungguh lama tak menulis nulis,nak kata sibuk tak jugak,nak kata banyak masa lapang pun tak jugak..abes tu?entaah la labu,semangat tu dah semakin berkurang kot.tolong people,kembalikan ia semangat tersebut sebelum ia terkubur begitu sahaja..haha
Hari ni rasa sungguh bertenaga,selepas Subuh dah jog keliling umah,dapat 4round pun jadilah..satu permulaan yang baik.bukan nak kurus tapi nak fit je,lemak berlebihan sungguh!
Wish me luck people ;)
Have a nice day yaw!

Xoxo

Sunday, February 14, 2010

Hari V'

Layar Ria
Sabtu.14.02.10.0808


Selamat pagi! gong xi gong xi bagi yang menyambut Tahun Baru China dan hari ini juga adalah valentine's day! OMG..!will u be my valentine? haha, memang tidaklah kan, masih di peringkat chillex yaw..buat apa nak disambut2,tapi...cuma nak kongsi satu benda ja tentang movie Valentine's Day yang aku baru tengok dengan si gadis-gadis malam tadi.

Dan untuk satu lagi trivia untuk pagi ini, inilah kali pertama aku tengok wayang malam hari selama 25tahun duduk dekat bumi bertuah, batu pahat ini..nampak la macam baik sikit kan kalau kat kampung, duduk rumah ja tak keluar malam...anak sapa tuh? cikgu dollah jugak yang dapat nama.. :)

ok, berbalik kepada rancangan asal tadi, sememangnya genre romantik komedi memang menjadi keutamaan aku apabila ingin menonton wayang. sejak-sejak kebelakangan ni ajhe..entah mengapa. Bukan apa, setelah kita penat-penat keje, stress dan sebagainya, apa salahnya kalau kita tenangkan fikiran, chill dan tengok sesuatu yang x membebankan kan..kan?

Secara amnya, aku boleh kata cerita ni patut ditonton la bagi sesiapa yang mempunyai orang yang tersayang, x semestinya kekasih hati sebab ia bukan hanya berkisar tentang kisah kasih dan sayang di antara pasangan kekasih sahaja tetapi merangkumi kasih sayang di antara suami isteri yang dah kahwin lebih dari separuh abad, ibu dan anak serta macam mana perasaan kasih dan sayang yang diintrepretasikan di antara kawan baik yang berlainan jantina, bagaimana budak kecik boleh ada crush dengan cikgu yang beza umur sangatlah jauh(Bahaya sungguh, belum akil baligh lagik tuh..), dan cara-cara untuk menerima pasangan kita dengan sepenuh jiwa samada baik atau buruk walaupun dia bekerja sebagai 'part time adults entertainer'- part yang tuh sumpah layan kelakar gila ok!.

Kemanisan kisah cinta, pengkhianatan, persahabatan serta kasih dan sayang yang digarap menjadi sebuah cerita ringan sesuai ditonton oleh semua. It's a day when ur love life is put on display! :)



JESSICA ALBA.KATHEY BATES.JESICCA BAEL.BRADLEY COOPER.ERIC DANE.PATRICK DAMPSEY.HECTOR ELIZONDO.JAMIE FOXX.JENNIFER GARNER.TOPHER GRACE.ANNE HATHAWAY.ASHTON KUTCHER.QUEEN LATIFAH.TAYLOR SWIFT.JULIA ROBERTS.GEORGE LOPEZ.EMMA ROBERTS.

NK

Saturday, February 13, 2010

revolusi talian telekomunikasi

Rentak Dunia.
Sabtu.13.02.02, 1533


Heloo! Hi, selamat bercuti semua yang akan menyambut tahun harimau tahun ni..walaupun tahun harimau, janganlah garang-garang sangat..okies mari kita nyanyi sama-sama lagu untuk tajuk di atas.

inikah revolusi, atau hanya illusi, bagaikan mimpi jadi realiti..nak tahu lebih lanjut bukak je corong radio mesti ade je lagu dr bunkface ni..

berbalik kepada topik di atas, ingin rasanya berkongsi serba sedikit tentang revolusi talian telekomunikasi yang telah banyak berjasa dari dulu sampai lah sekarang. Kenapa tiba2 hati ni tergerak nak membincangkan topik sebegini, haiiii ade ke tanya lagi, setiap apa yang berlaku pasti lah ade sebab dan musababnya...mari kita hayati bersama...

bukan apa, pengalaman dua hari disconnected telah banyak mengajar erti jerih perih kepahitan apabila anda tidak dapat mendengar deringan bunyi hand-phone kesayangan walaupun most of d time ianya di dalam mode silent.haha.itulah orang kata, lain kali kalau pasang angan-angan nak cari pengganti, simpan dalam hati, kang sekali "benda" ni dah merajuk, siapa yang makan hati? tapi,bukan itu sahaja, banyak sebenarnya perkara yang 'benda' ni dah berjasa kat aku. sebagai contoh, seperti di bawah:-

1) jam loceng dengan pilihan lagu kegemaran untuk bangun di waktu subuh. sebagai contoh ada orang yang gemar memilih lagu Kenangan Terindah Samson untuk bangun pagi!(hishhhh ada ker?)

2) Sebagai medium pengantara di kala sunyi kepada kawan-kawan, rakan sekerja, peminat dan keluarga di kala sunyi. Ada kala, cukuplah dengan sekadar msg - Hello, orang di sebelah sana sudah boleh senyum sampai ke telinga!(sumpah x tipu)

3) Sebagai pengganti buku nota, di mana anda boleh mencatit apa sahaja note yg diberikan oleh boss semasa tugasan luar dan untuk dijadikan reminder apabila pulang ke ofis.(nampak la efficient la sket bila bekerja...)

4) Sebagai pengigat di kala anda terlupa sambutan birthday sesiapa sahaja orang di sekeliling anda.(ha ini memang paling penting, kalau x...)

5) Jika ada yang canggih sikit, bolehlah digunakan untuk mengambil gambar atau video secara curi-curi orang yang anda suka, ataupun mengambil gambar bersama peminat yang tiba-tiba datang menyerbu...(budget...)

6) Paling latest dan hip bila boleh update status terkini ataupun melihat news feed di laman social networking (Like!)

akhir kata Selamat Datang ke dunia Nokiaberry..walaupun berharga di bawah seratus ringgit sahaja..walaupun, akak kembali pakai hp hitam putih, janji akak sentiasa get connected! :)





NK