Saturday, January 23, 2010

anak joho berkabung


Allah peliharakan Sultan
Anugrahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur Luaskan kuasa
Menaungkan Kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan



Teringat dulu zaman persekolahan, lagu inilah yang kitaorang akan nyanyikan setiap pagi isnin waktu perhimpunan sekolah. Hampir sedekad aku tak nyanyikan lagu ni selepas meninggalkan alam persekolahan. Selepas mendengar berita ttg kegeringan baginda sultan, lantas teringat akan lagu ini. Mengimbau kenangan, mengusik jiwa ketika zaman persekolahan. :)

Kepada anak-anak joho yang jauh di perantauan, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77 yang mangkat malam tadi di Hospital Pakar Puteri kerana gering. Jua, doakan negeri kita akan sentiasa aman dan makmur di bawah pimpinan sultan yang berjiwa rakyat.

Walau sejauh mana kita merantau,walau hujan emas pun di tempat orang, tempat yang jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat kelahiran. Semangat joho memang membuak2 la kan..Hidup joho!

p/s: nampaknya lokasi jom heboh pertama dkt danga bay feb ni terpaksalah ditunda kerana rakyat masih berkabung...

No comments:

Post a Comment