Sunday, January 3, 2010

Hello Dua-Puluh 10

Hello! Apa Kabar?

Kembali lagi aku di sini di alam blogging. Dengan satu misi, dengan satu tujuan..Aku menulis bukan kerna nama, tapi sekadar hiburan. Berkongsi cerita, kisah suka dan duka, pahit dan maung menjadi insan bergelar anak rantau. Di alam maya ini sahajalah medium yang terbaik untuk aku bercerita dengan bersahaja dan meningkatkan mutu penulisan yang semakin hari kian pudar.

Ini satu hint! Kalau anda ada sesiapa yang memerlukan writer atau jernalist cabuk untuk buat apa2 write up atau story mory in d morning glory, jangan lupa drop email yeh. Dapatlah jugak aku buat duit tepi. Nak menyanyi depan Kamdar sambil kutip derma, macam x berapa berbakat, nak menyulam dan mengait manik2 di baju kurung pun taklah sehebat mana. apa yang aku mampu buat hanyalah merepek di alam penulisan dan menjadikan penmaya ini sebagai salah satu cara mengisi masa lapang.

Ok, semperna tahun baru ini, aku tak mahu nak buat banyak2 new year resolution ke apa ke..takut x tercapai dek akal sahaja. Apa yang aku pinta hanyalah supaya DIA makbulkan setiap doa yang ku titipkan ke atasnya, dan apa-apa pun yang terjadi aku redha dengan ketentuannya. Hidup kene positif beb..Bak kata penulis skrip Nur Kasih..Nur Redha.. :)

Semoga anda semua mendapat apa yang anda impikan, jejaka idaman berkumis ke, naik pangkat dan gaji berlipat kali ganda ke, memakai kereta mewah ke, mendapat ahli baru dalam keluarga ataupun pusing-pusing satu dunia.!amin

Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang jahat itu datang nya dari kita insan yang sentiasa tak lari dari kekhilafan diri..

3 comments: