Saturday, January 30, 2010

Terhenti Proses Pembakaran Lemak

Oh angin bayu, membawa diriku, sepintas lalu ke terkenangkan mu..memori silam meresap kalbu..anananana..janji bara cinta..

Err, Hello, Selamat berhujung minggu sekali lagi..

Di kala angin memderu sayup-sayup dari luar tingkap dan hujan rintik-rintik menitiskan air hujan,(takkan air mata pulak kan?) heheh..

Berbalik kepada tajuk pada kali ini yang agak serius, saja ingin berkongsi salah satu aktiviti yang dilakukan di ketika hujung minggu yang tak boleh nak bergerak bebas dek kerana tekanan kerja yang membelenggu, jadi aku hanya dapat mengisi waktu petangku dengan proses pembakaran lemak,.yang adakalanya menjadi bahan tawa orang sekeliling..nampak sahaja kecik, tapi lemak bertempeliaran di sana sini. Kadang kala kecil hati, kadang kala redha sahaja kerana ini lah trademark tersendiri.. :)

Jadi,tanpa membuang masa, aku pun bersiap-siap untuk proses pembakaran lemak di kawasan tasek di sekitar kawasan kejiranan. Siap punya siap, blow rambu, ikat kemas kemas, siap gosok stokin,pakai baju jersey Sydney kaler merah dan seluar track yang hampir uzur serta ipod shufleku yang comel itu.

Lantas, dengan penuh semangat dengan sedikit warm up dengan kiraan lapan, dan lapan lagi, aku lantas berlari dengan penuh semangat dengan kasut power ku itu. tak sampai habis satu pusingan tasek, tiba2!! demmnn...

"mengapa ini semua harus terjadi, mengapa ini harus ku tempuhi"..tapak kasut aku tiba2 terkopek dah semakin usang..aku teruskan juga semangat aku untuk membakar lemak yg baru nak suam-suam kuku ni dengan menukar strategi powerwalk pulak..namun itu semua sia-sia apabila keadaan dia semakin parah dan seakan-akan membisik..sudah-sudahlah tu...

Tanpa rasa ragu-ragu namun ada sedikit kepiluan di kalbu, maka aku pun mengambil jalan selamat untuk pulang sahaja ke rumah..lagipun cuaca pon semakin tak mengizinkan dan gelap semacam..Apa boleh buat, nampak gayanya terpaksalah tukar strategi bersenam dari rumah main wii mungkin?oh, ikat perut lah nampak gayanya!

Ingat, kita semua digalakkan untuk bersenam sekurang-kurangnya 2/3 kali dalam seminggu dalam 20 mnit ke, barulah gaya hidup sihat!. jika setakat x makan sahaja tanpa senaman, ada makna kah? hanya badan anda sahajalah yang mengenali diet anda.







NK

1 comment: